Tittle : Bunshinsaba
Year : 2004
Duration : 92 minit
cast :
Kim Gyu Rin
Lee Se Eun
Lee Yoo Ri
Chooi Jeong Yoon
Ini lah movie yang saya baru habes tonton. Walaupon agak lama dh , tapi di sebab kan ke `famousan` movie ni suatu ketika dahulu, jadi hati ini terpanggil jgk utk menonton cerita ini di siang hari sewaktu semua orang ada di rumah. Kalau sorang2 ni tobat dah . Memang takkan tgk la... Masa tgk tu rasa nya tak da la mcm takut sangat. Tapi time malam masa nak tdo tu la , hantu tu mula muncul di ruangan minda smpai terasa macam ada kat tepi pulak.. hehehhee... apa lagi baca ayat kursi bersembur air liur la... Penakut ... ^_^
orait2.. meh nak story. Ceta ni mengisah kan tentang 3 org pelajar yg di buli di sekolah. Mereka ni rasa tak puas hati dan cuba utk membalas dendam dengan bantuan roh org mati. Salah seorang dari mereka (yoo jin) ni la yg memanggil roh tersebut dengan menggunakan mentera Bunshinsaba. Mereka mengarah kan roh tersebut untuk memusnah kan hidup budak2 jahat yg selalu membuli mereka.. Nama2 budak2 jahat yg membuli mereka itu di tulis di atas kertas. Selepas beberapa hari, seorang pelajar di jumpai mati dengan keadaan kepala dibaluti dgn plastik dan seluruh bdan terbakar. Apabila laporan polis di buat kejadian itu diklasifikasikan sbg Bunuh diri. Selepas kejadian itu , ada pelajar lain pulak yg mati dalam keadaan yg sama. Pihak sekolah merasa amat curiga. Adakah ini perbuatan roh yg dipanggil oleh yoo jin dan sahabatnya???? yes2,,, dh tentulah... kebetulan roh hantu yg menolong yoo jin dan sahabat nya ini jugak adalah mangsa buli dan murid sekolah itu jgk 30 tahun yg lalu. Dia di kenali dgn nama Kim In Sook. Kim in Sook adalah seorang pelajar yg dibuli kerana fizikal nya yg tidak sempurna.. kedua belah mata nya kelihatan seperti buta tetapi dia dpat melihat seperti org lain jgk.. Setiap hari dia akan di buli tidak kira di mana dia berada.. Di sebab kan terlalu kerap di buli , Kim In Sook amat marah dan telah menyebab kan kematian rakan sekelas nya. Dia memukau rakan sekelas nya dgn menggunakan isyarat mata yg menyebab kan rakan kelas nya itu bertindak mengikut arahan mata nya dan terus terjun dr tingkap kelas. Ini mengundang amarah pihak sekolah dan penduduk di bandar tersebut, Mereka merancang utk membunuh Kim In Sook dan ibu nya Chun Hee kerana takut perkara yg sama berulang kembali. Pihak sekolah termasuk pengetua turut bersubahat. Mereka membunuh Kim In Sook dengan membungkus kepala nya dgn plastik dan dia di bakar hidup2. Rumah nya jgk turut di bakar. Ibu nya yg berada di dalam rumah tidak dpat keluar kerana melalui cermin, ibu nya menjadi mata kepada Kim In Sook yg sebenar nya mmg buta. Mereka berdua mati begitu saja... Jadi sebab mereke berdua mati dengan cara yg kejam begini dah tentu lah Kim In Sook dan ibu nya berdendam dan roh mereka tidak tenteram. So melalui Yoo Jin ni lah Kim In Sook dan ibu nya membalas dendam di atas kematian mereka. Mereka membunuh kesemua yg terlibat dalam menjaya kan misi membunuh mereka 30 thun dahulu.........
Fuh,, letih den menaip... Macam ni lah cerita dia,, tak tahu la dpat di fahami atau pon tidak, Moral of the story,, Jangan lah membuli sesama kita, dan terima lah setiap kekurangan yg ada pada kawan kita dgn hati yg terbuka, Kerana walaupon mereka ini tidak sempurna, tetapi mereka jgk berhak utk memiliki kebahagiaan seperti org lain......
Sekian........... :)))
No comments:
Post a Comment